Recent update
Salam Tadhiyyah buat semua
November 25th, 2009 by saf3
The pic of us…bio_04..huhu
Berkorban apa saje demi Islam tercinta. Azam..azam..
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Setiap insan itu unik
November 25th, 2009 by saf3
Percaya bahawa setiap manusia mempunyai keunikan masing2?
Ya,saya percaya…Maha Besar Allah!
Keunikan tersebut kebiasaannya dipanggil manusia umumnya sebagai ‘perangai’ = behaviour atau mungkin juga sesetengahnya menggelarkan keunikan tersebut sebagai pe-el; melahirkan manusia yag bervariasi.. Ada yang diklasifikasikan sebagai positif, ada pula yang sebaliknya. Dan bagi saya, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak n tidak menyusahkan orang lain, keunikan tersebut adalah hak milik individu tersebut..Anda percaya??
Ya, anda perlu percaya kerana sedar atau tidak, anda juga memilikinya! Tidak perlulah menunding ke arah mana2 individu..Andalah orangnya!
Jadi, apakah keunikan yang ada pada diri anda? Find out yourselves.. dan pandanglah dari pandang sisi yang positif..bersyukurlah seadanya.Alhamdulillah..terima kasih Tuhan..selaut syukur atas segala nikmat dan kasihMu~
Promosi: cucur peniram buatan ain..hehe (sedap tau)
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Jadilah orang asing atau penyeberang jalan
November 22nd, 2009 by saf3
Dari Ibnu Umar ra. berkata: Rasulullah saw. memegang bahuku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan.”
Ibnu Umar ra. berkata,”Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, ambillah persiapan saat engkau sihat. Untuk menghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk sesudah kematianmu.” (HR. Bukhari)
p/s:
-Kepada sahabat2 yang sedang diuji dengan masa sakit, semoga cepat sembuh..semoga bertemu dengan indahnya tawakkal kepadaNya~
-Kepada k.wani, iqa, k.shila, k.kinah n lina..semoga kalian tabah n kuat.
-Kepada yang dikurniakan dengan kesihatan, mari bersama2 kita memanfaatkan setiap detik yang ada.insyaAllah..
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Ujian dariNya
October 20th, 2009 by saf3
Ujian hidup ini ada 2; ujian kesusahan dan ujian kesenangan…
Setiap yang Dia datangkan pada kita adalah kerana Dia ingin menguji..siapakah yang paling bertaqwa antara hamba2Nya.
Setiap kesusahan yang datang biasaNya akan menyedarkan kita dari hidup yang saban hari kian melalaikan. Ketukan2 dariNya adalah kerana betapa sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Maka, beruntunglah bagi yang mengambil pengajaran atas teguran2 dariNya.
Ya, hari ini atau saat ini.. kita mungkin sedang ketawa gembira, memikirkan hanya dunia ~ tanpa menyedari dalam sekelip mata sahaja, kita mungkin akan tersedu-sedan menangis tak terkata. Mungkin juga terlantar sakit tak terkira. Moga2 semuanya adalah buat penghapus dosa yang ada.
Kun fayakun!
1 saat mampu mengubah segalanya.
Allah..Maha Besar kuasaNya..
Pesanan ini dibawakan khas buat diri ini dan sahabat2..
~Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara~
Posted in Uncategorized | | | 1 Comments
Cerita kita takkan pernah habis..
September 28th, 2009 by saf3
Ada lagi 6 slides presentation yang belum ditelaah. Exam yang bakal tiba seolah ingin dibiarkan begitu saja. Sengaja.. Rasa macam nak demam. Rasa macam tanak demam.huhu..
Bosan.
Jari2 gatal nak menaip. Maka terhasillah entri ini..
Kadang2..erm, atau mungkin selalunya, kita terlampau disibukkan dengan memikirkan hal2 sendiri tanpa menyedari betapa di sekeliling kita, masih terlalu banyak perkara yang perlu diperhatikan lantas dijadikan pengajaran dalam melayari sebuah kehidupan..
Kebetulan, hari ini saya terjumpa dengan seorang pelajar tahfiz; seorang lelaki india muslim lingkungan umur pertengahan belasan tahun. Dia menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Klang.
Ceritanya tentang bagaimana dia boleh kembali kepada agama fitrah - Islam- ini amat mengharukan. Fizikalnya tidak seperti orang lain. Sebelah tangannya kudung, namun dia seorang yang sangat ramah, rancak bercerita.
Alkisah, dia ‘convert’ kepada seorang Muslim semasa masih di awal belasan tahun. Hanya dia seorang di dalam keluarganya.. Seperti ramai yang sedia maklum, penganut Hindu kebiasaannya amat ’strict’ terhadap mereka2 yang ‘convert’ agama. Menakutkan.
Akibat berterus terang dengan keluarganya, habis pakaian2 adik tersebut dicampak keluar oleh ibunya yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Namun, tindakan ibunya sedikit pun tidak menggugah tekad hati dan simpulan aqidah yang terbina. Dia lantas tekad menghuni pusat kebajikan rakyat berhampiran.
Selang 3 bulan kemudian, ibunya datang ke tempat penginapannya. Kata ibunya, “oklah, kalau macam tu, kami semua pun masuk Islam je lah..” Ya, semudah itu. Mungkin kerana kasih seorang ibu..
Namun, adik tersebut ternyata lebih matang daripada umurnya. Dengan tenang, dia menjelaskan kepada ibunya,”Ma, masuk Islam bukan semudah itu..” Itulah kata2 yang keluar dari seorang budak lelaki yang beru sahaja mendapat hidayah dariNya.MasyaAllah..betapa dia memahami bahawa Islam itu bukan hanya pada nama. Islam itu bukan agama ikut-ikutan.
Kala ini, adik tersebut aktif melakukan gerak kerja Islam ~ membina daulah..
Seluruh keluarganya telah Islam. Mungkin, aidilfitri kali ini benar2 fitrah buatnya sekeluarga.
Sebelum pulang, dia sempat membelanja kami makan aiskrim.heheh. Selamat hari raya dik.. =)
Alhamdulillah..pertemuan ini menjadikan diri ini lebih terketuk untuk sedar dan keluar bertemu dengan ahli2 dunia yang lain.
Masih banyak cerita2 insan di luar sana yang masih belum diperdengarkan kepada dunia. Cerita kita sahaja tidak akan pernah habis..
Moga setiap daripada kita diberi kekuatan dalam menghadapi setiap ketentuanNya.
Wallahua’lam..
Posted in Uncategorized | | | 2 Comments
Menjadi diriku
September 26th, 2009 by saf3
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Bertemu Balqis
September 25th, 2009 by saf3
Salam Syawal dan selamat berpuasa 6 buat sahabat2 maya =)
Lama sungguh rasanya sahabat2 maya sekalian tidak memunculkan diri.
Alhamdulillah..saat ini ramai yang telah kembali meneruskan penulisan dan perkongsian masing2. Rindu untuk membaca hasil tulisan sahabat2 walau sebaris cuma kerana alam ini adalah penghubung kita walau tidak ketemu secara nyata. Hati ini, hanya Tuhan yang tahu..(^_~)V
………………………………………………………………………………………………………………
“Qis, qis..bukak pintu ni cepat..!!” suara McRin dengan nafas yang turun naik itu kedengaran begitu mencemaskan. Adunan tepung terpaksa dihentikan dek aura McRin yang telah menguasai ruang sempit tempat adunan tersebut. “Kejap, kejap..” Pintu dibuka pantas, memberi ruang McRin untuk meloloskan diri. Mujur orangnya kecil molek. Sengihan lebar yang bukan dibuat2 menyebabkan Balqis tertanya2..”Eh, McRin..suara tadi bukan main nyaring lagi. Ni, apekehay nye?? Kalau bos Qis nampak ni, abisla. Qis tengah keje ni..karang tak siap pulak kek ni haa..” Balqis meneruskan bebelan setelah melihat sengihan ‘OK je’ yang diberikan McRin. Dia sedikit geram kerana McRin telah berjaya membuatkan dirinya terkejut katak sebentar tadi.
“Hakunamatata la Qis..kalau keje rajin2 pun, bukan dapat gaji lebih..kihkih” McRin mula mengulang ayat lazimnya. “Alah Rin, Qis buat keje ni pun bukan sebab gaji sangat. Macam la tatau Qis memang suka belajar buat kek n roti. Ni kan impian Qis..blajar buat kek, then buat kek banyak2..bukak bakery satu, pastu makan banyak2..heheh.. Menarikkan?? Eh jap, sebelum Qis melalut2 nih, Rin sebonanye kenape? what is the ‘no worries’ thing..? Tell me, tell me..” Balqis mula menggayakan gaya Datin Faridah yang tengah nak bergossip.
McRin mengerdip2kan mata blink blink..”Tau pun nak berenti bercakap.haha..Cenggini Qis. Sekarang ni kite dah ‘no worries’ sebab tadi kan kite baru dapat tau yang kite dapat satu kelas la Qis. So, tader la boring sangat nanti menghadap lecture Prof omputih tu. Qis, Rin, Ecah ngan Iqa..abis la havoc kelas tu nanti kan.hehe.. Part time keje Qis kat sini kite bleh buat sama2. Kitorang dah plan tadi, kitorang nak join Qis kat sini. Boleh ke Qis? bleh ke?” McRin mula melonjakkan diri ke excited state ala2 nak tembus floor bahagian atas kedai tersebut.
“Eh, sabo2..Rin, tarik nafas dulu. Bertenang kay. First of all, Rin kena sedar, i’m not the boss lah..sekarang, keluarkan HP, amik number owner kedai ni. Qis no hal..as long as we are together, i’m definitely happy.hehe..tapi Qis senior kat sini tau. Tak takut kena buli?? heheh..” Balqis mencucuk2 McRin dengan hujung senduk. McRin pula mula membuka silat pulutnya.
Antara ramai2 sahabat di sekeliling, McRin lah yang paling rapat dengan Balqis. McRin paling memahami dan dia dapat merasakan ukhuwah yang terjalin antara mereka. Mungkin kerana sikap mereka yang sama2 sempoi dan happy go lucky menyebabkan mereka jarang bermasam muka. Qis and McRin memang terkenal sebagai–anti-schematic system. Takde ‘rule’ dunia ni yang dapat mengikat mereka dari zaman sekolah sampai la ke pengajian tinggi. Single-steady-sempoi. Moto zaman sekolah yang di’create’ di belakang pagar sekolah.
“Rin, it’s time to fly..yeah!!” Jeritan Balqis sewaktu mereka berjaya melompat over the fence masih terngiang-ngiang. Yes, projek lagi!!
……………………………………………………………………………………………………………….
Ahaks..sambung nanti kay. peace ![]()
Posted in Uncategorized | | | 1 Comments
Suatu petang…
September 24th, 2009 by saf3
Guess wut??
This evening i went to a lake garden..
Satu2nya tasik berhampiran yang can be considered as menarik yang menyebabkan ramai org yg tertarik. Tempat tersebut sememangnya terkenal sebagai tempat bermain layang2.
Emm..nak main layang2? tak reti la pulak..hehe. So, sambil membawa kanak2 yg tak berapa nak riang dan bertemankan seketul komik baru..kami menghadap tasik, mencari ilham..
Adus..sakit kepala. Gaye macam ada rumah terbuka kat tasik ni..ramai betul manusia. Ini kali keempat saya ke tasik tersebut dan kali ini juga paling ramai, memeningkan..otak terasa nak black out!
Tak tegur salah, nak tegur susah…
Bukan senang nak tegur salah orang. Lagi susah nak menegur orang yang terhampir dengan kite…nak tegur diri sendiri pun susah!
Bagai ketam mengajar anaknya berjalan.
senget..senget..
Dah gaye ketam berjalan memang macam tu. ok wut?
Persoalannya timbul kalau manusia jalan cam ketam..Eh?? em..
————————————————————–
Rasa2nya dah betul2 cukup berteori. Praktikalnya yang perlu diupgrade.huhu
~Ya Tuhan..moga hidayahMu sentiasa menyinari hati2 kami~
Posted in Uncategorized | | | 1 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri
September 17th, 2009 by saf3
Salam Ramadhan kareem..
Tarbiyah universiti Ramadhan tahun ini bakal berakhir, tinggal satu hari lebih sahaja.
Selama menghadapi Ramadhan, tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik bagi saya (ye ke..hmm). Alhamdulillah..syukur padaMu Tuhan atas pemberian nikmatMu ini. Moga tahun2 mendatang akan menyusul dengan kebaikan dan amal yang berganda..
Dahulu sebelum mengambil peperiksaan SPM, seorang motivator terkenal tanah air; Dr Shukri Abdullah telah dijemput ke sekolah kami. Malangnya, dia dijemput ketika kami sudah tinggal nyawa2 ikan..hanya beberapa minggu sebelum exam! teruk sungguh..masa tu lah nak sedar, dan masa tu la jugak kami terpaksa melakukan pecutan terakhir. Macam mana tu?? Pelari jarak jauh biasanya akan maintain pada awal larian dan memecut apabila hampir ke garisan penamat..Saya pula seperti pelari yang berjalan2 makan angin dan apabila hampir ke garisan penamat, disuruh pecut habis2an..huhu. Mujur saja tak tergeliat badan. Namun, sudahnya, exam itu tamat jua..bererti tamat juga sesi persekolahan saya tika itu.hmm..
Berbalik pada persoalan Ramadhan..pada hari2 terakhir ini sepatutnya adalah kita berada pada posisi memecut tadi. Tiada masa lagi untuk toleh ke kanan dan ke kiri..Terus dan terus ke hadapan..
Sedihnya, hari2 begini..umat Islam sudah mula disibukkan dengan persiapan raya dan sebagainya. Kalau direnung dan difikir2kan, berapa ramai orang yang membuat persiapan untuk menghadapi Ramadhan berbanding hampir semua orang yang pastinya membuat persiapan menjelang Eidulfitri yang akan datang?? Puasa tak seberapa, raya nak aje.. Muhasabah diri sendiri..huhu
Ramadhan yang akan berlalu kebiasaannya hanya dipandang sepi.. Hari di mana pintu2 neraka ditutup dan syaitan2 dibelenggu akan berlalu..Maka, hari2 berikutnya menjadi hari2 biasa yang akan bertambah cabarannya.
Persoalannya di sini, sebelum Universiti Ramadhan ini berakhir..”ADAKAH KITA TELAH KEMBALI FITRAH?”. Persoalan yang hanya diri masing2 dapat menjawabnya. Berikan jawapan jujur pada diri, untuk membaiki diri.. Jadikan ibadah2 yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan ini sebagai lonjakan diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Semoga Eidulfitri kali ini melahirkan insan2 baru yang telah kembali fitrah..
~Ya Allah..berkatilah Ramadhan kami kali ini dan pertemukanlah kami dengan Ramadhan akan datang.. AMEEN~
—- SALAM EIDULFITRI BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN —-
p/s: Semua orang kat umah ni dah balik kampung..huhu. Tak best betul tinggal sorg2 nih =(
Posted in Uncategorized | | | 6 Comments
Hebat sungguh kawan2 kite
September 1st, 2009 by saf3
Kadang-kadang, melihat laman sahabat2 yang pandai menulis, hati ini terasa sayu bangat..
Kata hati..”Kenapalah aku tak pandai cam dorg..”
Heheh..bukan itu sebenarnya.
It just~
Subhanallah…betapa Allah memberi ilham kepada mereka2 tersebut untuk menyampaikan mesej dariNya melalui penulisan dan kata2..tak perlu turun ke tengah manusia dengan adanya alam maya ini. Setiap patah perkataan yang digunakan..z0uq..terus masuk ke dalam hati lantas menginsafkan.Ada rasa terharu di situ.sedih pun ada..huhu (??)
Kalaulah makhlukNya sudah sebegini hebat, apatah lagi Sang Khaliq??
Siapa lagi yang mampu menyangkal kehebatanNya.
p/S: Lab work~ agar ni dah ter’over dose’ keras..haha..cmne nk tuang?? Jadi, sampai sini je dulu..oh noo (-_-)V
Posted in Uncategorized | | | 4 Comments
« Previous Entries

